Kajian pengurusan pembelajaran.
Menurut Stoner (1984) pegurusan didefinasikan
sebagai proses merancang, mengelola, memimpin serta mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat
yang ditentukan. Manakala menurut Robbins (1984) pengurusan bermaksud satu
proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat.
Pengurusan sangat penting kepada para guru bagi meningkatkan pengetahuan
berkaitan pengurusan, dapat meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahakan
produktiviti serta mendapat keredhaan Allah. Pada era globalisasi ini, Proses pengurusan sangat berkaitrapat dengan
manusia. Pembelajaran pula bermaksud proses perubahan perilaku serta satu
proses atau kaedah seseorang memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui
pengalaman, ilmu yang dipelajari atau diajari. Pengurusan pembelajaran adalah
berkaitan dengan aspek-aspek merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan,
melaksanakan seperti yang dirancang, menilai keberkesanan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dan membuat tidakan susulan berdasarkan penilaian
yang telah dibuat termasuk penambahbaikkan.
Perspektif
pengurusan merujuk kepada pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah
merupakan penglibatan guru bagi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan
interaksi sosial yang positif serta mewujudkan
penglibatan pembelajaran aktif dan meningkatkan motivasi kendiri pelajar. Pengurusan
bilik darjah merupakan satu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Sebagai seorang guru kita perlulah mengetahui susunan kedudukan pelajar
dan peralatan yang ada di dalam bilik darjah, mengurus dan mengawal pergerakkan
pelajar dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar. Oleh itu terdapat beberapa peranan guru dalam
pengurusan pembelajaran antaranya mengelola, mengarah, merancang dan mengawal.
1. Mengelola dalam
bilik darjah.
Guru perlulah mengelola segala perkara di
dalam bilik darjah seperti mengurus bilik darjah. Hal ini merangkumi pelbagai
aspek seperti mrntafsir, menyedia serta menyimpan rekod pelajar seperti rekod
kesihatan, keputusan dan lain-lain lagi. Pada era globalisasi ini, guru telah
disediakan satu website yang dinamakan e-rekod di mana guru perlu menyimpan
segala rekod pelajar sama ada kesihatan atau keputusan dan sebgaainya di dalam
e-rekod. Guru perlu menyimpan rekod peribadi murid iaitu kad 001 dan kad 002 di
mana kad ini mengandungi segala rekod peribadi murid. Selain itu guru juga
perlu mengambil kedatangan pelajar di dalam kelas dan sentiasa memastikan
pelajar yang tidak hadir ke sekolah mempunyai bukti dan sebab yang kukuh. Guru juga
pelulah menyimpan segala rekod yuran sekolah dan yuran harian pelajar serta
memastikan disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan yang baik. Guru juga
perlulah memastikan pelajar tidak membawa barang larangan seperti telefon
bimbit, rokok atau dadah dan sebagainya.
2. Mengarah dalam
bilik darjah.
Guru perlulah mengarah pelajar untuk
menyiapkan soalan dan latihan yang
diberikan selepas guru mengajar. Hal ini bertujuan bagi memastikan tahap
kefahaman pelajar berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh guru. Namun begitu,
guru tidak boleh sama sekali untuk marah atau memaki hamun serta mengekluarkan
perkataan yang tidak baik kepada elajar yang tidak menyiapkan tugasan malah
bertanya dengan cara baik atau membantu pelajar jika mereka tidak faham
berkaitan topik yang dibincangkan. Guru juga perlulah mengarah pelajar untuk
menjalankan tugasan harian mengikut jadual tugasan yang telah disediakan bagi
memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.
3. Guru sebagai
perancang.
Sebagai seorang guru yang cemerlang kita
perlulah membuat persiapan awal sebelum memulakan pengajaran supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Perancangan yang dibuat
perlulah merangkumi objektif pembelajaran, isi pengajaran, bahan pengajaran
serta pengurusan pembelajaran. Objektif pelajaran perlulah dibuat mengikut sasaran
sukatan pelajaran, penhetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Pemilihan bahan
mengajar seperti alat bantu mengajar dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan kepada murid. Sebagai contoh, guru boleh
mengadakan aktiviti seperti kuiz, forum sesama pelajar dan sebagainya. Hal ini
sanagt berkesan jika guru memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab
kuiz dengan betul.
4. Mengawal bilik
darjah.
Selain itu guru juga berperanan untuk mengawal
segala peraturan bilik darjah sebagai contoh pelajar tidak dibernarkan untuk
makan di dalam kelas, mengawal pergaulan pelajar antara lelaki dan perempuan
dan sebagainya. Guru juga perlulah memastikan tiada masalah disiplin di
kalangan pelajar berlaku dan memastikan pelajar tidak membawa masalah pribadi
mereka ke sekolah.
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran sangat
penting kepada guru bagi memastikan segala tindakan dan pengurusan teratur. Pengurusan
pembelajaran ini melibatkan proses merancang, mengawal, mengarah dan mengelola
serta penambahbaikan dan memastikan tidakan susulan terhadap pelajar. Hal ini
sangat penting kepada seorang guru bagi memudahkan proses pengajaran berjalan
dengan lancar serta dapat mendisiplinkan diri guru sendiri. Anatar ciri-ciri
guru cemerlang yang menguruskan proses pengajaran dan pengurusan dengan cemerlang
termasuklah prihatin terhadap keadaan pelajar serta peka dengan keadaan
sekeliling. Oleh itu pengurusan pembelajaran pelajaran pelajar sanagt penting
kepada semua guru.
Rujukan
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-3-kajian-pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar
Ulasan
Catat Ulasan