Interaksi dan Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Ke-4 interaksi bermaksud dengan tindakan atau perhubungan aktif antara satu
sama lain. Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa
pihak. Pembelajaran pula merupakana satu proses atau kaedah seseorang
memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman, ilmu yang
dipelajari atau diajari. Dalam konteks pembelajaran interaksi melibatkan guru
dan pelajar. Dengan adanya Interaksi pembelajaran guru perlu menggalakkan
pelajar untuk berinteraksi dengan guru serta denganrakan sebaya mereka sendiri
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dijalankan. Interaksi yang
aktif sesama pelajar secara todak langsung dapat melatih pelajar untuk
berdikari dan mengalami proses pembelajaran itu sendiri.
Interaksi pembelajaran terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi
kumpulan dan interaksi antara kumpulan. Jenis interaksi yang pertama ialah interaksi
sehala.Interaksi sehala merupakan sistem pembelajaran yang berpusatkan guru
sahaja. Hal ini akan menjadikan para pelajar bersifat pasif semasa proses pdp
dan berasa sedikit bosan kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan rakan
sebaya mereka. Kaedah ini boleh digunakan oleh guru semasa ingin menerangkan
topik atau tajuk baharu sesuatu mata pelajaran supaya pelajar mudah difahami.
Kaedah ini dikatan kurang berkesan jika
Di samping itu, interaksi dua hala.Interaksi
dua hala berlaku apabila wujudnya pertanyaan antara guru dan pelajar sahaja.
Interaksi dua hala juga berlaku apbila guru bertanya pelajar menjawab dan
pelajar bertanya guru menjawab. Interkasi ini akan menjadikan pelajar berasa
sedikit bosan jika guru mrnggunakan sepanjang pdp kerana mereka tiada interaksi
antara rakan sebaya mereka sendiri serta pelajar akan menyimpan terlalu banyak
fakta di dalam minda mereka. Interaksi ini biasa digunakan oleh para guru
semasa pdp dijalankan di dalam kelas. Kaedah ini digalakkan berlaku sekiranya
guru memberi pelbagai ganjaran kepada pelajar.
Selain itu, interaksi kumpulan.Interaksi
kumpulan ini berlaku apabila guru mengadakan aktiviti kumpulan seperti projek
simulasi, perbincangan dan sebagainya. Interaksi ini diadakan bertujuan bagi
menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam proses pegajaran dan pemebalajaran
(pdp). Aktiviti berkumpulan ini diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi
anatar pelajar atau rakan sebaya semasa perbincangan. Semasa interaksi ini
berlaku guru hanya dijadikan sebagai pemudahcara atau lebih dikenali sebagai
fasilitator. Kaedah ini mampu memberi impak yang positif kepada pelajar serta
dapat memupuk nilai positif kepada pelajar seperti bekerjasama, menghormati,
toleransi serta perpaduan. Kaedah ini juga sedikit sebanyak dapat mengatasi
masalah pelajar takut kepada guru serta malu akan kehadiran guru dan mampu
berinteraksi dengan aktif bersama dengan rakan yang lain.
Seterusnya, interaksi antara kumpulan.Interaksi
ini biasanya berlaku selepas adanya interaksi kumpulan dan sesi pembincangan
diadakan. Interkasi ini diadakan semasa sesi pembentangan diadakan. Pada sesi
pembentangan diadakan pelajar digalakkan mengajukan soalan kepada kumpulan
pembentang. Hal ini akan mewujudkan interaksi yang sihat antara kemupulan
pelajar.
Kesimpulannya, keempat-empat jenis interaksi ini sangat diperlukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) diadakan mengikut situasi yang sesuai. Interaksi yang baik adalah jika guru bijak mengatur dan menggunakan keempat-empat jenis interaksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Interaksi yang sihat wujud apabila mesej yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh pelajar. Guru boleh mengamalkan beberapa cara bagi mewujudkan interaksi yang berkesan antaranya adalah guru perlulah bersikap positif serta percaya kepada pelajar dan guru perlulah bersifat ramah dan mesra bersama pelajar. Hal ini akan menjadikan pelajar lebih selesa untuk berkomunikasi serta berinteraksi bersama guru dengan lebih rapat dan selesa. Di samping itu, guru juga perlu hormat pandangan dan pendapat pelajar.
Rujukan
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012112723_Topik%202_%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf
Ulasan
Catat Ulasan