PENGURUSAN
ALAM PEMBELAJARAN
Alam pembelajaran bermaksud satu
suasana yang menggalakkan murid-murid menimba ilmu dan belajar dengan selesa dan
baik. Di dalam suasana tersebut, murid akan merasakan minat untuk belajar dan
memberi tumpuan sepanjang kelas berjalan. Sebagai seorang guru, kita perlulah
mahir dalam mengendalikan suasana pembelajaran di dalam kelas. Kita berhak
untuk mengawal suasana, keadaan dan komunikasi murid mengikut kesesuaian.
Antara isu-isu yang sentiasa bangkit
dalam pengurusan alam pembelajaran adalah kuantiti murid yang ramai. Sebagai
seorang guru yang baharu, ianya merupakan satu kesukaran kerana kebolehan kita di
dalam mengurus murid masih lagi mentah. Oleh itu, keberkesanan dalam mengawal
kelas semestinya tidak berkesan sepenuhnya.
Selain itu, keceriaan di dalam bilik
darjah juga menjadi isu di dalam alam pembelajaran. Hal ini kerana, suasana
memainkan peranan dalam mempengaruhi visual kanak-kanak. Warna-warna yang
terang memberikan suasana ceria manakala yang gelap memberikan suasana kelam
dan tidak bermaya untuk belajar. Sebagai langkah awal, guru-guru perlulah
menjadi kreatif dalam menghias bilik darjah. Contohnya, meletakkan gamba-gamba
kartun animasi yang comel, menampal jadual harian dan jadual kelas yang cantik,
tong sampah yang bersih dan rak-rak buku yang tersusun.
Impak yang positif apabila
pengurusan alam pembelajaran kita dilakukan dengan baik adalah murid akan lebih
cenderung untuk memasuki ke kelas dan tidak ponteng seperti pergi ke tandas
dengan lama dan lain-lain. Tambahan lagi, murid-murid akan lebih berdisiplin
dan sistematik dalam melakukan tugas seperti menyapu sampah dan menyusun
buku-buku. Mereka akan lebih fokus apabila kelas itu kemas dan tersusun.
Seterusnya adalah impak yang
negatif. Murid-murid akan cenderung untuk menganggu kita bercakap di dalam
kelas seperti bermain pensil, pemadam dan mengganggu rakan-rakannya yang lain.
Tidak lupa juga, mereka akan kurang untuk fokus di dalam kelas dan malas untuk
ke sekolah jika perkara ini tidak di uruskan.
Kepentingan
menguruskan Alam Pembelajaran
1. Membantu
guru mencapai objektif pembelajaran di dalam RPH dengan mudah dan lancar.
2. Input
pembelajaran disampaikan dengan lancar.
3.
Murid-murid lebih faham akan apa yang dipelajari.
4. Murid
lebih suka dan positif di dalam kelas.
Ulasan
Catat Ulasan