SEKOLAH DAN
PERSEKITARAN
Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang mendidik
murid-murid dalam pelbagai aspek seperti sosial, kemahiran, ilmu yang pelbagai
dan banyak lagi. Bagi membentuk institusi yang baik, sekolah perlu menjaga
persekitarannya dengan baik. Hal ini kerana murid-murid bukan sahaja belajar di
dalam kelas sahaja, bahkan mereka juga sentiasa belajar dari pemerhatian dan
pendengaran sekeliling. Oleh itu, pihak sekolah perlu menjaga persekitaran yang
baik untuk menjamin pertumbuhan positif dalam kalangan murid. Terdapat tiga
komponen penting dalam membentuk persekitaran sekolah iaitu, sekolah itu
sendiri, ibubapa dan masyarakat.
Persekitaran
di dalam Sekolah merupakan satu perkara yang penting kerana ianya melibatkan di
dalam sekolah sahaja seperti guru, murid, pekerja sekolah, dan lain-lain. Sebagai
guru, kita perlulah sentiasa memberikan impak yang positif di dalam sekolah.
Pihak atasan seperti guru besar, dan guru penolong kanan juga perlulah
memastikan keadaan sekolah sentiasa dalam keadaan yang baik. Contohnya,
memastikan guru-guru berdisiplin, tidak berkata-kata kesat, menjaga kehormatan
murid, dan banyak lagi. Dengan itu, persekitaran dalaman sekolah terjamin dan
murid-murid lebih cenderung melakukan apa yang baik daripada yang tidak baik.
Seterusnya,
hubungan antara sekolah dengan masyarakat. Masyarakat merupakan satu kelompok
manusia yang hidup berlandaskan norma-norma dan gaya hidup tertentu serta
mempunyai pemimpin dan peraturan yang telah diterima oleh seluruh penduduk
kelompok. Dengan penjagaan hubungan sekolah dan maysarakat dengan baik, ianya
akan membantu keberkesanan projek-projek dan program kebajikan sekolah seperti
bacaan yasin untuk pelajar SPM dan UPSR, Karnival Sukan Sekolah, Program Merentas
Desa dan banyak lagi.
Tambahan
lagi, apabila hubungan dengan masyarakat terjaga, murid-murid akan lebih selesa
untuk pergi ke sekolah, dan mendorong minat antara sekolah dan masyarakat dalam
bekerjasama untuk menjayakan projek-projek kebajikan.
Tidak
lupa juga, hubungan sekolah dengan Ibu bapa perlu diketengahkan. Setiap sekolah
wajib menubuhkan organsasi PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru). Komunikasi antara
ibu bapa dan guru merupakan komunakasi yang besar dan penting dalam sekolah dan
sistem pendidikan. Hal ini kerana ianya melibatkan murid-murid. Tanpa kerjasama
yang baik antara kedua-dua pihak, maka sistem sekolah akan tidak maju dan
matlamat pendidikan tidak akan tercapai.
Di
dalam PIBG segala masalah-masalah besar dan perancangan semasa sekolah akan
dibincang di dalam satu mesyuarat tahunan. Dengan itu, komunikasi yang baik
mampu memudahkan penyelesaian masalah dan membuatkan sekolah lebih produktif.
Tambahan lagi, ibu bapa akan lebih selesa dan menggalakkan anak-anak mereka
datang ke sekolah. Selain itu, PIBG juga membantu menyalurkan sumbangan tenaga
kerja, kewangan dan pelbagai sumber yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk
menjayakan sesuatu. Mereka juga boleh menolong pihak sekolah dalam memeriahkan
suasana majlis rasmi dan banyak lagi.
Kesimpulan
daripada tajuk ini adalah, Sekolah perlu memainkan peranan dalam menjalinkan
hubungan baik antara pihak di dalam sekolah dan luar sekolah seperti komuniti
taman dan ibu bapa. Dengan itu, persekitaran sekolah akan lebih sihat dan baik
untuk murid –murid belajar dan mengambil contoh.
Ulasan
Catat Ulasan