PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut kamus dewan, perkataan pengurusan didefinisikan sebagai
pengajaran, pengawalan, pengelolaan dan penyelenggaraan . Antara fungsi
pengurusan adalah merancang, mengarah, membuat keputusan, menilai dan
sebagainya . E.B Taylor berpendapat bahawa budaya ialah suatu keseluruhan
kompleks yang meliputi kepercayaan, seni, pengetahuan, adat istiadat dan
kebiassaannya dipelajari oleh manusia yang bergelar anggota masyarakat .
Selepas itu, kepelbagaian budaya bermaksud satu sistem kepercayaan
dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam
kelompok sesebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan
sosiobudaya, menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam
konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan .
Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya pula ialah proses atau strategi
pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui
bahasa, etnik atau ciri-ciri ras ( Saha, 1997 ) . Oleh itu, pendidikan pelbagai
budaya ini boleh berlaku dalam keadaan pendidikan formal atau tidak formal .
Pendidikan pelbagai budaya ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran, toleransi,
pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara
budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap
. Dengan itu, Akta Pendidikan 1961 menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik
sejajar dengan dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan
budaya atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik
masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini .
Seterusnya, pendidikan sebagai satu saluran untuk mencapai ciri-ciri
masyarakat dan sikap kebudayaan ke dalam minda generasi muda . Prinsip
pendidikan pelbagai budaya yang berkesan adalah pendidikan asas untuk
menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam
kehidupan pada zaman sekarang boleh dipupuk dalam kalangan guru dan pelajar
semasa di sekolah serta mampu menyumbang kepada masyarakat . Hal ini, para
pelajar dapat meliputi tujuan pembelajaran yang efektif dan kognitif serta
dapat mengenalpasti populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan
mendorong kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar .
Lantaran, pendekatan pelaksanaan guru dalam pendidikan pelbagai budaya dengan
menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang
termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif
dan sesuai dengan latar belakang pelajar serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran mestilah dapat difahami diantara guru dan pelajar bagi membina dan
mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan .
Tambahan pula, kepelbagaian budaya di sekolah juga akan menimbulkan
isu budaya dalam kalangan pelajar malah guru juga tetapi tidaklah begitu ketara
. Terdapat isu yang boleh diketengahkan seperti hubungan para pelajar yang
renggang diantara murid Islam dan bukan Islam . Hal ini berlaku kerana
kurangnya pergaulan diantara mereka akibat kurangnya pengetahuan, tidak
memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan dan adat resam sesuatu kaum .
Hal yang demikian, guru menjadi watak penting dalam memahami kepelbagaian
budaya diantara satu sama lain dengan guru bertanggungjawab memupuk perpaduan
kepada pelajar dengan lebih mendalam .
Secara keseluruhannya, pembelajaran dalam kepelbagaian budaya
merupakan satu strategi dan perspektif yang baharu untuk memahami variasi
pelajar daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya serta dapat
meluaskan ilmu pengetahuan pelajar dan mematangkan fikirannya . Guru perlulah
memainkan peranan yang penting bagi menghapuskan isu perkauman yang berlaku di
sekolah agar tidak berleluasa dan membina masyarakat yang bersatu padu dalam
mengekalkan keharmonian dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain
. Akhir sekali, sebagai seorang bakal guru, kita haruslah bersedia dalam
menempuh alam pendidikan pelbagai budaya yang penuh dengan cabaran demi
menyumbang kepada agama, bangsa, agama, masyarakat dan negara .
Ulasan
Catat Ulasan